Monday, February 28, 2011

Guruh Berdentum Mencengkam Nadi Diam

Oleh : Dhamah Syifflah
Website : http://belayarmencaripenawar.blogspot.com


Guruh didada langit berdentum
Mencengkam nadi-nadi diam
Jelas kelihatan menggigit hitam
Dan malam pergi meninggalkan dendam

Pabila menoleh pada pekat yang datang
Selalu, selalu membuatkan hilang
Tidak muncul, bahkan tinggal kosong
Dan terhapus cahaya dari bintang

Sedikit, sedikit lagi masa
Melihatkan cahaya rindu cinta
Membuatkan jatuh keterbukaan jiwa
Dan fikiran lapang menunjukkan tiada, tiada
Jatuh ditelaga cinta, penuh rindu terbuka

Benar-benar terjaga dari mimpi
Itu pasti, bunga mawar dimenangi
Digengam, diselimut bersama nadi
Diam-diam, usah memecahkan sepi
Dan diam itu benar terjadi

Biarlah guruh itu berdentum
Seakan memandu dilorong kelam
Dan jangan sekali mengukir dendam
Walaupun darah tumpah, tak akan padam
Ingat, hitam tidak mungkin dapat dipadam
Walau mengalir limpahan hujan menyucikan gelap malam

By Blogger Malaya with No comments

IMPIAN YANG MENGGERUNKAN

(Peringatan memang terdapat typo kerana aku Raja Typo)

dulu masa kecik2 teringin nak jadi bapak ayam sebab masa tu tengok harga ayam melambung tinggi, teringin la nak jadi kaya.

lepas tu besar sikit bertukar impian nak jadi tokei kedai mkan kerana fikir hari2 leh makan perut pun tak lapar... last2 tak jadi tengok ada kedai org kampung terbakar akibat dengki... tak jadi..

besar sikit lagi nak jadi ultramen nak bunuh raksasa tapi lepas tgk anak makcik jiran sebelah anak dia berkali-kali jadi ultramen nak bunuh orang dibawah pengaruh GAM dan DADAH... takut laaa

lepas tu masuk sekolah menangah nak jadi guru vokal kerana selalu sangat kena menjerit panggil kawan-kawan masuk kelas. mereka suka ponteng. Start situ mula nyanyi dalam jambang malangnya air kena potong tak dapat bayar bil. Mandi pakai air perigi pulak...

kemudian meningkat remaja, impian nak jari pramugara, malangnya batal sebab tak cukup inci dan tak ada pakej lengkap... kata jiran sebelah, layak pungut sampah aje.. okey fine.. pungut laa... sejak pungut sampah tu area rumah aku sungguh bersih... hebatnya aku rasakan..

tak lama selepas itu impian aku berubah nak jadi seorang pelukis... maka aku pun curahkan idea kreatif aku di segala dinding yang ada termasuk dinding sekolah dan dinding surau2 berdekatan... jahilnya aku... memang pun aku tak tau apa2 sebab masa tu aku rasa bengong sekejap selepas segala impian yang lalu tak tercapai..

selang beberapa tahun selepas itu... aku tidak dapat melukis lagi setelah aku berubah minat nak jadi pemain muzik... aku beli gitar kapak, dan baru aje aku nak pandai, bapak aku dah kapakkan gitar aku sebab tak reti tengok masa, orang tengah azan pun sibuk petik gitar... aku pun insaf sekejap...

selepas beberapa bulan aku insaf tu, aku menanam impian yang agak logiklah kan, iaitu impian nak jadi cikgu... aku pun berangan jadi cikgu.. aku ajar budak-budak kampung aku bagaimana cara nak selongkar reban ayam Pak Seman... its okey berjaya... so aku dan dorang buat BBQ di pantai... seronok.. tapi ianya tidak bertahan lama kerana salah seorang dari kami mati tercekik tulang ayam lalu mati.
aku terus insaf...

Impian aku bermula lagi... selepas aku tamat pengajian, aku nak jadi penulis pulak.. aku nak popular macam Abang RAM... dan Ahadiat Akashah... aku cuba tulis novel, malangnya manuskrip yang aku hasilkan hanya layak dijadikan pembungkus nasi lemak sahaja... its okey... aku nak jadi Perdana Menteri pulak.

Har Har Har... cerita yang paling merapu adalah impian aku... :P
(Rekaan semata-mata oleh minda yang menggila ketika ini)

Oleh : Tora Datang Lagi

By Blogger Malaya with No comments

Member Gua Bikin Hal

Aku nak cerita sikit pengalaman yang paling tragis yang pernah aku alami sebelum ini. Kejadian ini berlaku kira-kira lima belas tahun yang lalu di mana aku dan dia (kawan yang tidak layak digelar sahabat) telah bertandang ke sebuah kolam renang yang terdapat di sebuah kelab golf terkemuka di kampung aku. Tapi sebelum tu aku ceritakan dulu perkara pada sebelum tu.

Hebatlah masa tu sebab Sultan Terengganu selalu juga turun padang Golf di Dungun tu, dapat jugaklah duit hasil jadi kedi. Memang aku dan member aku tu suka sangat jadi kuli. Itulah asas untuk jadi kuli berjaya berpanas di padang golf semata-mata untuk mendapatkan wang sebanyak RM20.

"Aku dah tak nak ar kedi lagi! penat doh... kau tengok ar si datuk tu! bagi aku RM15 je sedangkan aku kena galas beg golf dia. Kau pulak dapat RM25 dari pemain golf bangsa cina tu... tak adil tau tak. Macam mana orang cina yang kalah tu boleh bagi kau banyak macam tu sedangkan datuk tu yang menang pun kedekut nak mampus! aku tak nak kedi lagi! Menyesal"

aku meluahkan pada member aku tu apa yang aku rasakan. Pedih terluka tahu tak? sungguh kecewa aku ketika tu sebabnya hangus kulit aku ni! rasa tidak berbaloi sama sekali.

"Mike... jom ar mandi..." dia ajak aku mandi.

"Mandi laut? Sungai?" aku bertanya kerana setahu aku Badul ni susah nak mandi. Macam kambing takutkan air aje.

"Mandi kolam ar," katanya.

Aku angguk setuju. Best jugak dapat mandi kolam.

Tidak lama selepas tu badul tanggalkan pakaian dia tinggal seluar pendek sahaja. Aku? Aku malu beb nak telanjang! haha... aku terjun macam tu sahaja dengan berbaju dan berseluar.

Yahuu, best...

Tidak lama selepas itu member aku senyap, dia pandang seorang budak cina berkerut semacam sahaja wajah. Coverline apa tu?

"Apa hal Badul?"

"Kau tengok budak cina tu, macam menanggung seksa sahaja..." Badul menduga.

Aku pun tengok juga. Memang nampak nazak lah wajah dia. Dahi berkerut-kerut.

Budak cina tu tak perasan aku dan Badul duk perhatikan dia. Tahu tak apa jadi? Ceh!!!! Bebuih-buih air tu beb! siot! budak cina tu kentut! aku dah dapat rasakan bahawa budak tu tahan sembelit!!! siot sungguh kentut dalam kolam.

Badul jadi iseng seketika. Dia tidak boleh menerima keadaan itu. Dia terus naik ke tepi tu dan terus kencing dalam kolam! Aku cepat-cepat naik atas. Gila punya orang!!! Badul balas dendam. Selepas tengok keadaan itu habis orang yang mandi naik ke atas dan terus maki-maki kami. Abang yang jaga kawasan situ terus campak kami keluar. Aduhai!! Gila kau Badul!!!

Oleh : Miqael Arshad

By Blogger Malaya with No comments

Cara Buat Read More Automatik

Ok, ni coding yang aku dapat kat internet. Kalau aku kata aku reka sendiri memang tipu la. Tapi dah semalaman aku cuba cari cara buat Read More dan coding ni yang paling mudah, menarik dan cool.

mrdaha tips tricks, mrdaha online blog, blogger tips, tutorial blogger, buat read more automatik, teknik blogging, teknik buat readmore, blogger malaya blog

Biasanya korang kena buat Pagebreak kat dalam entry korang untuk menentukan part mana yang muncul kat homepage blog dan part mana yang kena tekan Read More baru nampak. Tapi kalau guna code ni, korang just buat sekali je dan dia akan buat Read More secara automatik lengkap dengan gambar sekali.

Cara Buat Read More Automatik

1. Login to Blogger, pergi ke Layout > Edit HTML dan klik kotak "expand widget templates"
2. Tekan CTRL+F dan taip </head>
3. Paste code kat bawah ni dan paste SEBELUM code di atas.

===================================================================
<script type='text/javascript'>var thumbnail_mode = "no-float" ;
summary_noimg = 430;
summary_img = 340;
img_thumb_height = 100;
img_thumb_width = 120;
</script>
<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
function removeHtmlTag(strx,chop){
if(strx.indexOf("<")!=-1)
{
var s = strx.split("<");
for(var i=0;i<s.length;i++){
if(s[i].indexOf(">")!=-1){
s[i] = s[i].substring(s[i].indexOf(">")+1,s[i].length);
}
}
strx = s.join("");
}
chop = (chop < strx.length-1) ? chop : strx.length-2;
while(strx.charAt(chop-1)!=' ' && strx.indexOf(' ',chop)!=-1) chop++;
strx = strx.substring(0,chop-1);
return strx+'...';
}


function createSummaryAndThumb(pID){
var div = document.getElementById(pID);
var imgtag = "";
var img = div.getElementsByTagName("img");
var summ = summary_noimg;
if(img.length>=1) {
imgtag = '<span style="float:left; padding:0px 10px 5px 0px;"><img src="'+img[0].src+'" width="'+img_thumb_width+'px" height="'+img_thumb_height+'px"/></span>';
summ = summary_img;
}


var summary = imgtag + '<div>' + removeHtmlTag(div.innerHTML,summ) + '</div>';
div.innerHTML = summary;
}




//]]>
</script>
===================================================================

Korang boleh ubah sikit code di atas tu serba sedikit. Kalau tak reti jangan gatal-gatal usik, tak jadi aku tak tanggung.

Code yang boleh diubah, tak paham jangan buat.

summary_noimg = 430; is post cut height without image
summary_img = 340; is post cut height with image
img_thumb_height = 100; is thumbnail image height
img_thumb_width = 120; is thumbnail image width


4. Ok, sekarang tekan CTRL+F dan search <data:post.body/>
5. Copy code kat bawah ni dan GANTIKAN dengan code kat atas tu. (padam code kt atas tu then paste code kat bawah ni)


===================================================================
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;static_page&quot;'><br/>
<data:post.body/>
<b:else/>


<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>


<div expr:id='"summary" + data:post.id'><data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>createSummaryAndThumb("summary<data:post.id/>");
</script> <span class='rmlink' style='float:right;padding-top:20px;'><a expr:href='data:post.url'> read more "<data:post.title/>"</a></span>


</b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'><data:post.body/></b:if>
</b:if>
===================================================================

OK, Siap dah.. :)

By Mr Daha with 5 comments

Blogger Malaya Giveaway Kontest

Blogger Malaya buat kontest sekali lagi! Contest Blogger Malaya sebelum ini iaitu Cari Mrdaha di Times Square tu nampaknya kurang mendapat sambutan kerana ramai ahli Blogger Malaya tak dapat join kerana faktor tempat dan masa. Oleh itu, kontest kali ni dibuat dengan tujuan semua orang boleh join. Syarat-syaratnya pun simple dan mudah. Harap ramai yang join. Hadiah? Misteri laa.. Tapi hadiah ni memang best. =D

Syarat-Syarat Kontest

1. Join Group Blogger Malaya
2. Like Fan Page Kelab Blogger Malaya
3. Buat satu entry dengan tajuk "Blogger Malaya Giveaway Kontest"
4. Letak Logo Blogger Malaya di dalam entry anda.
5. Ceritakan serba sedikit mengenai Blogger Malaya,
(Ikut kreativiti masing-masing agar entry anda nampak menarik. Cth : Apa itu Blogger Malaya, kenapa anda suka Blogger Malaya, ahli paling sporting, pengalaman anda di Blogger Malaya dan sebagainya )
6. Tinggalkan link entry anda di ruang komen dibawah.
blogger malaya, blogger malaya kontest, blogger malaya contest, kelab blogger malaya, group blogger malaya, logo blogger malaya, kontest blogger malaya, contest blogger malaya


Pemenang akan dipilih berdasarkan Entry Paling Menarik. Oleh itu, entry anda adalah sangat penting. Entry yang mendapat tempat di hati judges (Admin Blogger Malaya) akan dipilih sebagai pemenang.


Tarikh tutup kontest ini adalah pada 13 March 2011 (Ahad).


Pemenang akan mendapat HADIAH MISTERI daripada pihak Blogger Malaya. Hadiah kali ini ditaja oleh Fariduddin El Islam.

By Mr Daha with 7 comments