Sunday, February 27, 2011

Kampus UiTM serba moden

 3 Januari 2011, satu tarikh yang pasti memberi perspektif berbeza kepada semua lapisan masyarakat. Bagi ibu bapa yang pertama kali menyekolah-kan anak-anak dalam darjah satu, ia adalah satu cabaran. Mana-lah tahu sekiranya si anak tidak biasa dengan suasana persekolahan, dan merengek hendak pulang ke rumah. Terpaksa-lah si ayah menunggu di tepi kelas sehingga tamat waktu persekolahan.

Fakulti Sains Kesihatan (FSK 6)

Tangga yang menghubungkan dari Plaza Sentral B (PSB) ke kolej kediaman pelajar di atas bukit.

 Bagi anak-anak yang sudah meningkat dewasa dan sudah lali ke sekolah, dua sahaja kebarangkalian yang bermain di kepala mereka. Pertama, liat untuk ke sekolah kerana sudah enak dibuai cuti panjang di rumah, manakala keduanya pula tidak sabar  lagi untuk masuk ke sekolah. Barangkali ada sesuatu yang hendak ditunjukkan kepada rakan sekelas.


Jambatan yang menghubungkan PSB di sebelah kanan ke dewan serta bilik kuliah pelajar di sebelah kiri.

 Inilah fenomena yang bakal berulang sehingga menjadi pelajar di IPT. Rajin atau malas, terpulang kepada pendapat masing-masing. Bagi aku, tarikh keramat itu membuat aku terasa tidak sabar hendak menyelusuri cabaran-cabaran yang bakal aku ketemui di awal tahun 2011. Barangkali perasaan ini didorong oleh sesi praktikal yang bakal menjelang pada bulan Mei tahun hadapan.

Reka bentuk dewan kuliah (sebelah kanan) yang unik.

Keadaan bahagian dalam dewan kuliah.

 Bersempena kali terakhir aku berada di kampus indah UiTM Puncak Alam pada tahun 2011 kelak, aku ingin berkongsi serba sedikit mengenai apa yang menariknya di kampus ini iaitu pemandangan sekitarnya yang indah. Udara sekelilingnya juga segar. Dikelilingi hutan dara yang masih belum dicabuli oleh sesiapa.

FSK 1,5, terletaknya berbagai jenis makmal di dalamnya.

Tanda nama UiTM kampus Puncak Alam yang diletakkan di atas bukit sebaik sahaja memasuki pintu utama. Kelihatan tersergam indah dari jalan raya berdekatan.

 Kendatipun kampus ini masih baru, pelbagai kemudahan telah disediakan semenjak awal pembukaan sehingga kini. Aku adalah salah seorang di antara beribu pelajar yang merasmikan kampus ini. Oleh itu, aku berbangga menjadi warga kampus UiTM terbesar di Malaysia ini.

By ridoma with No comments

0 comments:

Post a Comment