Monday, February 28, 2011

Member Gua Bikin Hal

Aku nak cerita sikit pengalaman yang paling tragis yang pernah aku alami sebelum ini. Kejadian ini berlaku kira-kira lima belas tahun yang lalu di mana aku dan dia (kawan yang tidak layak digelar sahabat) telah bertandang ke sebuah kolam renang yang terdapat di sebuah kelab golf terkemuka di kampung aku. Tapi sebelum tu aku ceritakan dulu perkara pada sebelum tu.

Hebatlah masa tu sebab Sultan Terengganu selalu juga turun padang Golf di Dungun tu, dapat jugaklah duit hasil jadi kedi. Memang aku dan member aku tu suka sangat jadi kuli. Itulah asas untuk jadi kuli berjaya berpanas di padang golf semata-mata untuk mendapatkan wang sebanyak RM20.

"Aku dah tak nak ar kedi lagi! penat doh... kau tengok ar si datuk tu! bagi aku RM15 je sedangkan aku kena galas beg golf dia. Kau pulak dapat RM25 dari pemain golf bangsa cina tu... tak adil tau tak. Macam mana orang cina yang kalah tu boleh bagi kau banyak macam tu sedangkan datuk tu yang menang pun kedekut nak mampus! aku tak nak kedi lagi! Menyesal"

aku meluahkan pada member aku tu apa yang aku rasakan. Pedih terluka tahu tak? sungguh kecewa aku ketika tu sebabnya hangus kulit aku ni! rasa tidak berbaloi sama sekali.

"Mike... jom ar mandi..." dia ajak aku mandi.

"Mandi laut? Sungai?" aku bertanya kerana setahu aku Badul ni susah nak mandi. Macam kambing takutkan air aje.

"Mandi kolam ar," katanya.

Aku angguk setuju. Best jugak dapat mandi kolam.

Tidak lama selepas tu badul tanggalkan pakaian dia tinggal seluar pendek sahaja. Aku? Aku malu beb nak telanjang! haha... aku terjun macam tu sahaja dengan berbaju dan berseluar.

Yahuu, best...

Tidak lama selepas itu member aku senyap, dia pandang seorang budak cina berkerut semacam sahaja wajah. Coverline apa tu?

"Apa hal Badul?"

"Kau tengok budak cina tu, macam menanggung seksa sahaja..." Badul menduga.

Aku pun tengok juga. Memang nampak nazak lah wajah dia. Dahi berkerut-kerut.

Budak cina tu tak perasan aku dan Badul duk perhatikan dia. Tahu tak apa jadi? Ceh!!!! Bebuih-buih air tu beb! siot! budak cina tu kentut! aku dah dapat rasakan bahawa budak tu tahan sembelit!!! siot sungguh kentut dalam kolam.

Badul jadi iseng seketika. Dia tidak boleh menerima keadaan itu. Dia terus naik ke tepi tu dan terus kencing dalam kolam! Aku cepat-cepat naik atas. Gila punya orang!!! Badul balas dendam. Selepas tengok keadaan itu habis orang yang mandi naik ke atas dan terus maki-maki kami. Abang yang jaga kawasan situ terus campak kami keluar. Aduhai!! Gila kau Badul!!!

Oleh : Miqael Arshad

By Blogger Malaya with No comments

0 comments:

Post a Comment