Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Bila Persahabatan Pudar

Kini aku dah tak pasti,
Pastikah aku pada dulu hari?,
Aku pun tak pasti.....,
Kerana ia tinggal memori.

Aku, kau, dia dan mereka,
Anak helang mendewasa,
Terbang serata pelusuk angkasa,
Dunia luas memisahkan rasa.

Mungkin itulah lumrah dunia......

By MaTNaggeR with No comments

Tuesday, March 1, 2011

Akan Ku Merosakkan Kesal


Oleh : Dhamah Syifflah



puisi, cerpen, novel, blogger malaya, puisi blogger malaysia, puisi terbaru, sajak, puisi melayu, puisi romantis


Jauh membuang kecewa
Perlu sedikit, sedikit lagi masa
Menetapkan kesudahan seksa
Yang meramas tepat ke dada

Pecah di penghujung jalan
Merobek segala impian
Berputus asa? tolong capaikan
Aku buntu, di atas kematian

Bunga itu terbang melepasi awan
Menunjukkan simbol-simbol harapan
Namun kesudahan...
Terlantar dipersimpangan, terpadam
Menjadi satu pergolakkan

Tiada lagi untuk esok
Dan lihat ke dalam mata hati
Semua akan menjadi baik
Dan perhati aku masih disini
Merosakkan kesal yang bersemadi

Dan aku menunggu
Tanpa membazir waktu
Dan aku menunggu
Wajah yang satu

Itu harapan
Kau terimalah aku

By Blogger Malaya with No comments

Monday, February 28, 2011

Guruh Berdentum Mencengkam Nadi Diam

Oleh : Dhamah Syifflah
Website : http://belayarmencaripenawar.blogspot.com


Guruh didada langit berdentum
Mencengkam nadi-nadi diam
Jelas kelihatan menggigit hitam
Dan malam pergi meninggalkan dendam

Pabila menoleh pada pekat yang datang
Selalu, selalu membuatkan hilang
Tidak muncul, bahkan tinggal kosong
Dan terhapus cahaya dari bintang

Sedikit, sedikit lagi masa
Melihatkan cahaya rindu cinta
Membuatkan jatuh keterbukaan jiwa
Dan fikiran lapang menunjukkan tiada, tiada
Jatuh ditelaga cinta, penuh rindu terbuka

Benar-benar terjaga dari mimpi
Itu pasti, bunga mawar dimenangi
Digengam, diselimut bersama nadi
Diam-diam, usah memecahkan sepi
Dan diam itu benar terjadi

Biarlah guruh itu berdentum
Seakan memandu dilorong kelam
Dan jangan sekali mengukir dendam
Walaupun darah tumpah, tak akan padam
Ingat, hitam tidak mungkin dapat dipadam
Walau mengalir limpahan hujan menyucikan gelap malam

By Blogger Malaya with No comments