Monday, February 28, 2011

IMPIAN YANG MENGGERUNKAN

(Peringatan memang terdapat typo kerana aku Raja Typo)

dulu masa kecik2 teringin nak jadi bapak ayam sebab masa tu tengok harga ayam melambung tinggi, teringin la nak jadi kaya.

lepas tu besar sikit bertukar impian nak jadi tokei kedai mkan kerana fikir hari2 leh makan perut pun tak lapar... last2 tak jadi tengok ada kedai org kampung terbakar akibat dengki... tak jadi..

besar sikit lagi nak jadi ultramen nak bunuh raksasa tapi lepas tgk anak makcik jiran sebelah anak dia berkali-kali jadi ultramen nak bunuh orang dibawah pengaruh GAM dan DADAH... takut laaa

lepas tu masuk sekolah menangah nak jadi guru vokal kerana selalu sangat kena menjerit panggil kawan-kawan masuk kelas. mereka suka ponteng. Start situ mula nyanyi dalam jambang malangnya air kena potong tak dapat bayar bil. Mandi pakai air perigi pulak...

kemudian meningkat remaja, impian nak jari pramugara, malangnya batal sebab tak cukup inci dan tak ada pakej lengkap... kata jiran sebelah, layak pungut sampah aje.. okey fine.. pungut laa... sejak pungut sampah tu area rumah aku sungguh bersih... hebatnya aku rasakan..

tak lama selepas itu impian aku berubah nak jadi seorang pelukis... maka aku pun curahkan idea kreatif aku di segala dinding yang ada termasuk dinding sekolah dan dinding surau2 berdekatan... jahilnya aku... memang pun aku tak tau apa2 sebab masa tu aku rasa bengong sekejap selepas segala impian yang lalu tak tercapai..

selang beberapa tahun selepas itu... aku tidak dapat melukis lagi setelah aku berubah minat nak jadi pemain muzik... aku beli gitar kapak, dan baru aje aku nak pandai, bapak aku dah kapakkan gitar aku sebab tak reti tengok masa, orang tengah azan pun sibuk petik gitar... aku pun insaf sekejap...

selepas beberapa bulan aku insaf tu, aku menanam impian yang agak logiklah kan, iaitu impian nak jadi cikgu... aku pun berangan jadi cikgu.. aku ajar budak-budak kampung aku bagaimana cara nak selongkar reban ayam Pak Seman... its okey berjaya... so aku dan dorang buat BBQ di pantai... seronok.. tapi ianya tidak bertahan lama kerana salah seorang dari kami mati tercekik tulang ayam lalu mati.
aku terus insaf...

Impian aku bermula lagi... selepas aku tamat pengajian, aku nak jadi penulis pulak.. aku nak popular macam Abang RAM... dan Ahadiat Akashah... aku cuba tulis novel, malangnya manuskrip yang aku hasilkan hanya layak dijadikan pembungkus nasi lemak sahaja... its okey... aku nak jadi Perdana Menteri pulak.

Har Har Har... cerita yang paling merapu adalah impian aku... :P
(Rekaan semata-mata oleh minda yang menggila ketika ini)

Oleh : Tora Datang Lagi

By Blogger Malaya with No comments

0 comments:

Post a Comment