Dari Penulis :
Miqael Arshad
Ibu aku kata kalau nak main internet boleh, tapi jangan tinggalkan solat. Jangan lagut layan internet sampai solat pun diabaikan. Ish! Aku tak akan tinggalkan Solat sebab solat tu tiang Agama. Kecuali kalau ada MC. Perempuan kan... erm... Itulah pesanan ibu sampai sekarang. Tapi kisah aku bukan berkait dengan internet pun.
Erm! Dalam hidup ini, aku tak dapat lupa akan cinta permata aku aje. Bagi aku ianya cukup indah untuk di simpan. Kenangan terindah bak kata lagu Samsons.
Nama aku Lily (bukan nama sebenar) yang hidup dalam kemiskinan ketika waktu dulu dan kini keluarga kami senang bagai memang tiket loteri tapi bukan menang loteri. Mak aku berniaga. Dia buka kedai makan dulu kecil-kecil hidup melarat sekarang dah jadi restoran terkenal nasi dagang. Siapa tak kenal dengan nasi dagang Mak Lemah? Haa itulah hasil air tangan mak aku.
Aku? Aku diperdagangkan dalam dunia yang layu ketika muda remaja. Kini umur aku 28 tahun. Banyak pengalaman yang aku lalui ketika aku hidup dalam dunia aku sendiri. Dunia yang diulit mimpi indah meskipun kehidupan aku masa tu sangat susah. Mandi pun air perigi, sekarang? Air panas, sejuk segala macam ada dalam jamban rumah aku.
Kisahnya…
“Lily… lily nak makan apa? Lily cakap aje abang belanja,” ayat manis mat romeo yang sungguh pandai memujuk.
Ya, dialah lelaki pertama dalam hidup aku. Masa tu aku tingkatan empat. Memang pertama kali aku kenal erti cinta. Cinta yang teramat dalam katanya. Hakikatnya cinta itu buta. Lelaki yang menjadi balak aku tu umur dia dua puluh empat tahun. Macam mana aku boleh kenal dengan dia?
Semuanya kes kemalangan yang tak disengajakan aku. Dia bawa motor, aku pulak kayuh basikal. Aku sebenarnya malu nak bawa basikal pergi sekolah. Memang tak sedar diri betul aku masa tu tak padan dengan anak orang susah.
“Awak tak apa-apa ke?” Tanya dia saat aku jatuh tergolek, Aduhh sakitnya lutut aku. Boleh dia Tanya aku tak apa-apa pulak!
Mujur dia hensem. Kacak, da boom. Hati aku berbunga-bunga masa tatap wajah dia. Lama-lama pulak tu aku dan dia berpandangan. Aku perasan cantik masa tu maklumlah pertama kali wajah lelaki terpampang di hadapan muka aku. Dekat pulak tu. Ish!
Masa itulah aku kenalkan nama aku dekat dia. Dia pun pujilah nama aku. Katanya nama Lily Natrah (Dah Jadi Nama Sebenar) sangat padan dengan aku. Cantik seperti bidadari. Itu yang dia cakap. Hati aku merembes cair dek pujian dari seorang lelaki yang kau tak kenal lagi asal ususl dan keperibadiannya itu. Wajahnya seperti Aaron Aziz… saudara mara dialah tu kut. Oleh kerana wajah dia tampan aku rasa malu pulak. Tapi dalam masa yang sama aku tak nak lepaskan dia. Dia kenalkan nama dia pada aku. Nama dia Khai Iskandar, sedap nama dia. Dari itu aku nak kenal dengan dia lebih rapat lagi. Namun aku kena jual mahal kerana aku perempuan. Harga diri aku tinggi. Sakit yang aku rasai masa tu bagai hilang. Lenyap sekelip mata.
“Mari saya hantar awak pergi klinik,”
“Klinik?! Saya tak apa-apa, saya okey. Lagipun belanja klinik tu mahal saya tak ada duit nak bayar. Lagi satu motor awak tu dah calar saya pun tak ada banyak duit tuk bayar ganti rugi. Ni semua salah saya sebab tak tengok kiri dan kanan,” aku beralasan.
“Bukan salah awak tapi salah saya,”
“Salah saya,” balas aku.
“Saya,”
“Tak! Saya!”
“Saya!!” balasnya tegas. Muka dia tiba-tiba garang. Aku kecut perut.
Kemudian dia senyum semula dan hati aku pun kembali cair bagai ais yang dipanaskan. Kemudian dia memapah aku bangun. First time lelaki pegang aku. Dan kata Ustaz kalau keadaan darurat tak apa. Tapi aku darurat ke? Hmmm…
***
“Awak… saya akan ambil awak pukul 9 malam nanti,”
“Pukul 9?”
“Ya,”
Macam mana ni? Dia ajak aku keluar pukul Sembilan malam ni? Kerja sekolah aku banyak lagi. Habislah tapi aku tak mampu menolak kerana aku dah mula suka dia. Aku tak nak kehilangan dia. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh sayang dia. Tapi ucapan sayang dan cinta dari aku masih belum terucap lagi. Aku masih pendamkan.
“Tini! Kau kena tolong aku…!” aku merayu-rayu pulak pada sahabat baik aku. AKu meminta bantuan dia. Harap dia dapat tolong aku. Memang dialah satu-satunya harapan aku.
“Aku tak nak!”
“Please Tini…”
“Tapi kenapa aku?”
“Kau aje harapan aku,”
“Kau yang nak keluar dengan dia, bukannya aku,” balasnya.
Jawapan dia amat mengecewakan aku.
Bagaikan tiada cara lain lagi untuk aku dapat keluar dengan dia. Tini pulak bertegas tak nak tolong aku. Bagaimana aku hendak memancing Tini supaya tolong aku?
“Tini…”
“Ape!” kasar sahaja bunyinya.
Dia berpeluk tubuh di atas tangga. Aku pulak ada di bawah, halaman rumahnya. Aku jalan dekat dengan dia. Suasana petang ni masam suram aje. Ayam pun letih nak berkokok. Tinggal aku aje yang tak reti-reti nak cari idea.
“Kau nak aku ajar fomula matematik tambahan tak? Kalau kau nak aku ajar aku boleh ajar. Aku tahu kau nak sangat dapat jawab nanti kan? Masa paper nanti aku bagi can kau tiru aku. Senyap-senyap, takkan kantoi punya,” aku memancing dia. Itulah idea yang terangka dalam tempurung kepalaku saat ini.
“Tini!! Tolong mak beli gula! Gula dah habis!” kedengaran suara ibu Tini duk jerit-jerit dari arah dapur. Tini terus bangun untuk mendapatkan ibunya.
Tidak berapa lama kemudian dia muncul semula lalu menarik tangan aku.
“Ikut aku pergi kedai kejap,”
Aku ikut sahaja. Dan saat ini aku masih menunggu jawapan darinya. Aku dengan dia pun berkayuh dengan basikal sambil berbual-bual secara beriringan.
“Okey! Aku setuju,” aku pun yes!!
Jawapan yang sangat menggembirakan aku. Andai aku Berjaya kali ini maka aku akan tunaikan janji-janji aku pada Tini kerana aku seorang yang tepati janji.
“Tapi ingat! Kalau apa-apa hal kau jangan salahkan aku! Kali ni aku tolong kau! Lain kali aku tak nak lagi!” katanya.
“Baik bos!” balas aku selamba. Dalam hati aku berbunga-bunga ni. Mata pun dah keluar love.
***
“Mak…” aku memanggil ibuku perlahan.
Ibu aku tengah lipat baju. Aku pun buat-buat sibuk lipat baju jugak.
“Ada apa Lily?” Tanya ibuku.
Susahnya aku nak cakap tapi aku kena cakap juga. Kalau aku tak beritahu pada ibu, nanti aku tak dapat keluar. Aku kena mereka alasan untuk keluar rumah. Memang selama ni aku tak pernah keluar malam. Kalau aku keluar dengan Khai Iskandar petang aje itupun tanpa pengetahuan ibu aku.
‘Lily… bawakan ayah secawan kopi,” aduh! Ayah aku ni! Time macam ni dia mintak kopi pulak.
“Ayah… kopi dah habis…”
“Kamu tumbuklah arang yang kat dapur tu, asal hitam macam kopi pun jadilah…” kata ayah aku!
Aih! Tiru ayat Nujum Pak Belalang pulak!
“Ayah ni orang serius dia main-main pulak,” ibu aku ketawa pulak dah mengekek.
Aku tengok jam di dinding. Aduh sudah pukul 8.30 malam. Macam mana ni? Aku gelisah.
“Ayah… air suam ajelah ya? Cikgu cakap orang tua tak boleh minum manis-manis, nanti kena kencing manis,”
“Habis tu kalau makan benda masin? Kencing masinlah ya?” Ayah aku ni..!
“Ayah…”
“Yelah, ayak main-main aje…. Buatlah teh,”
“Abang… teh pun habis… macam mana anak kita nak buat teh? Yang ada pun air produk Vemma…” Ceh! Berangan sungguh ibu aku ni nak minum air mahal macam tu. Padahal tak ada pun kat dapur.
“Wow!!! Mahal tu… kalau minum air tu hospital pun tutup, sihat aje selalu,” balas ayah pula.
“Ayah! Hmmm… kejap, Lily ambilkan air suam untuk ayah,” Aku pun terus bangun dan dapatkan air suam untuk ayah aku yang sedang duduk bersandar di tiang rumah hampir nak roboh ni.
Berkali-kali aku tengok jam. Aku kena beritahu ibu aku sekarang juga.
“Mak… Lily ada home work, nak kena siapkan. Kalau tak esok kena marah dengan cikgu,”
“Menatang apa home work tu Lily?” ayah aku mencelah. Dia pasang telinga.
Aduh! Ayah aku ni pun satu hal!
“Kerja sekolah,”
“Lily!! Macam mana kamu kata kerja sekolah pulak? Home kan rumah, work tu kerja, tu kamu cakap kerja sekolah pulak, sepatutnya jadi work school lah,” aku tepuk dahi! Boleh migrain macam ni.
“Mak… Lily tak ada masa nak terangkan pada mak, mak kan nak tengok anak mak ni berjaya dalam hidup jadi Lily kena belajar bersungguh-sungguh. Mak… Lily nak study kat rumah Tini malam ni. Boleh Lily tidur sana tak? Tini ajak Lily tidur rumah dia aje malam ni, selepas ajar dia buat homework,” eh! Aduh! Aku silap penyampaian pulak dah!
“Kenapa kamu pulak kena pergi rumah dia? Sepatutnya dia yang datang sini,” kata ibuku yang seperti dapat menghidu pembohongan yang bakal aku realisasikan sekejap lagi.
“Mak jangan risau… Lily tahu jaga diri. Lagi pun bukan Lily pergi sendiri rumah Tini tu… Lily mintak ayah tolong hantarkan, boleh kan ayah?” aku menoleh pula pada ayahku yang hanya menjuih bibir sahaja.
Ibu aku sudah selesai lipat baju.
***
Aku betul-betul hairan. Ibu dan ayah aku tidak melarang keras. Mungkin mereka percayakan aku sangat-sangat. Sepatutnya ayah aku perlu bimbang aku sebagai anak perempuannya. Hmm… ah! Pedulilah yang penting malam ni aku nak berjumpa dengan Khai Iskandar yang hensem tu.
Aku ada di hadapan rumah Tini. Tini ada di mata aku. Saat ini ayah aku telah pun pulang dengan motornya selepas hantar aku ke rumah Tini.
“Kalau apa-apa ha berlaku kau jangan salahkan aku. Hmm aku kasihan tengok ayah kau tu Lily… mati-mati dia percayakan kau dan dia hantar kau konon kau nak study di rumah aku dan tidur kat sini. Padahal kau nak keluar dengan lelaki,”
“Tini… kau janganlah rosakkan mood aku,”
“Tapi memang betul apa. Sebelum ni kau tak pernah menipu dan hari ini kau ajar aku menipu mak ayah kau pulak. Kau sebagai anaknya sendiri pun telah sanggup menipu mereka. Aku pulak rasa malu, Lily. Biarpun aku tak sepandai kau di dalam kelas tapi aku tak terlintas langsung nak menipu mak ayah aku berkenaan hal macam ni. Aku tengok wajah mak kau pun aku dah sayu… tersentuh hati aku. Abang kau pun dah lama tinggalkan kamu semua. Kalau dia tengok adik dia dari jauh berperangai macam ni, aku rasa abang kau pun sedih,”
Tidak semena-mena hati aku tersentuh dek ucapan Tini yang menasihati aku. Benar katanya. Kenapa aku jadi macam ni? Hanya kerana cinta? Aku perlu menipu orang tua? Aku keliru.
Tidak berapa lama kemudian, muncul sebuah motosikal yang berhenti agak jauh dari halaman rumah Tini. Tini yang duduk di tangga itu pun bangun. Aku tersenyum indah sebaik sahaja melihat lelaki idaman aku menunggu aku di atas motor RXZ miliknya.
“Bye Tini… aku pergi dulu.. dia dah sampai tu,” nasihat yang diberikan oleh Tini seperti tidak aku endahkan sebaik sahaja melihat kelibat Khai Iskandar
“Awak… kita nak kemana ni?” tanyaku sebaik mencapai topi keledar yang dihulurkan oleh Khai Iskandar setelah aku tiba dekat dengannya.
Aku memandang Tini sekilas yang sedang menggeleng sahaja. Aku rasa serba salah pula tak dengar nasihatnya. Apa yang penting sekarang ni adalah perasaan aku. Bukan perasaan orang lain.
“Bukan pakai macam tu…” eh! Khai Iskandar menegur cara aku pakai topi keledar.
“Kenapa?” tanyaku.
“Terbalik,”
Hehe… silap pulak!
Dia tolong pakaikan aku topi keledar. Wah! Romantik sungguh cara dia membuatkan aku terbuai terbang ke awan-awangan.
Khai Iskandar melihat cara aku berpakaian. Atas dan bawah dia ‘scan’ aku. Aku dapat agak mesti dia tak suka sebab dia suruh aku pakai seluar jeans yang dia hadiahkan pada ku. Macam mana aku nak pakai seluar tu di hadapan ibu dan ayah aku? Tak pasal aku kena hentam! Ayah aku tak suka aku pakai seluar jeans.
Ayah…
Ah! Tak perlu fikirkan tentang ayah buat masa ni nanti hilang mood aku.
“Lupa…” alasanku.
“Oh okey, tak kisahlah tapi kalau orang nak motor ni berbaju kurung memang tak sesuai,” katanya.
“Kenapa pulak?”
“Awak nak duduk macam mana?”
“Duduk ajelah,” balas aku selamba.
Akhirnya aku terus naik atas motornya bukan mengiring tepi tapi aku duduk macam biasa. Maka terselaklah kain aku nampak betis. Hmm, Khai Iskandar lihat betis aku. Aduh! Dia tersenyum sahaja. Senyuman dia lain macam. Aku gemuruh.
***
Wah! Cantiknya restoran ni… permandangan yang cukup romantis dengan lampu neon menerangi kegelapan malam. Lilin pula menyala di atas meja. Pertama kali aku dibawakan ke tempat semewah ini. Banyk betul duit Khai Iskandar tapi dia bawa motor aje. Aku hanya percaya aje apa yang dia beritahu aku tempoh hari. Dia kata dia kerja kilang kasut sahaja. Katanya kerja sebagai mat kilang. Aku okey aje sebab aku tak memilih pun asalkan dia tampan sedap mata memandang.
“Duduklah,” suruhnya sambil dia menarik kerusi untuk aku duduk.
“Terima kasih wak…”
Malam yang cukup indah dan bermakna sekali.
“Kenapa awak bawa saya ke tempat macam ni, awak kata dah nak hantar saya balik? Dah lewat ni…?”
“Sebab saya ada sesuatu nak beritahu awak…”
“Beritahu saya? Awak ni buat saya berdebar-debar sajalah,” memang jantung aku tahap kronik bila berdetak. Gemuruh sahaja. Aku tak tahu apa yang dia nak beritahu aku. Otak aku cuba menalaahnya tapi tak dapat.
“Kita duduk dan makan-makan dulu ya…” Dia ajak makan pula. Perut aku memang lapar. Badan pun letih aje. Tapi demi dia sampai pagi pun aku sanggup.
Aku mengangguk tanda setuju.
Memang sedap makanan di sini. Aku pulun sakan. Orang belanja makanan best-best. Soal malu aku letak tepi kerana Khai Iskandar pesan aku tak perlu malu. Jadi aku layan ajelah…
Dia tenung aku. Apa hal lak dia tenung aku macam pelik aje…?
“Awak… duduk diam-diam,” katanya.
Eh!
“Kenapa?” sebaik sahaja aku tanya, tangan dia pun mencapai ke arah bibir aku bersama kain lap bibir yang tersedia itu. Dia lap bibir aku yang comot. Wah! Khai Iskandar!!!!!! Awak romantik gila!
“Awak ni sungguh comel… erm.. awak tahu tak malam ni malam apa?” Dia tanya aku pulak… malam apa ya?
“Saya tak tahu,” hakikatnya aku tahu hari ni malam 14 Febuari, Hari kekasih bagi orang-orang bukan Islam menyambutnya. Habis aku ni? Adakah aku pun ikut sambut juga? Aih! Apa ni? Apa semua ni?
“Baiklah…” kemudian dia menghulurkan aku bunga.
Erk!
“Untuk apa ni?”
Dia pun sambut Valentine Day juga ke? Dia nak ucap cintanya pada aku? Tapi kenapa pada malam begini?
“Untuk awak,” Dari mana bunga ni wujud kat sebelah dia pulak? Aku pun tak perasan. Masa dia bawa motor tadi tak ada pulak bunga tu. Bunga ros merah. Eh!
“Jangan susah hati… tempat ni memang saya tempah khas untuk kita malam ni,” dia macam tahu-tahu aje apa yang sedang aku fikirkan.
Tidak lama selepas itu datang pula pemuzik… dengan alat-alat muzik di tangan masing-masing. Tapi mereka belum mainkan alunannya lagi.
Aduh! Hari kekasih rupanya patutlah Khai Iskandar romantik gila-gila dengan aku. Dari tadi lagi kami bersia-sia dia tidak henti-henti menghiburkan aku. Aku terasa bahagia sungguh.
Aku pasti! Dia memang tunggu pikul 12 malam baru pemuzik yang berdiri di situ bagai anak patung tu akan alunkan lagu. Eleh! Pasti lagi yang begitu romantik akan diperdendangkan. Tapi bagus juga layan. Aku suka keindahan. Aku suka suasan macam ni.
“Awak… untuk apa semua ni?” bunga yang dia hulurkan tadi aku sambut dengan baik. Lantas aku cium keharuman bunga itu. Sungguh wangi.
“Erm… awak macam tak suka aje,”
“Bukan tak suka tapi rasa kurang selesa…” aku cuba meluahkan bahawa Ustaz pernah cakap, sambutan Valentine Day ni untuk meraihkan kematian seorang paderi. Hmmm tapi mustahil Khai Iskandar pun tak tahu? Aku pun bukannya baik sangat kerana mala mini terbuktinya aku telah menipu diri sendiri. Aku tipu ayah dan ibu aku di rumah konon aku nak study bersama Tini. Tini pula dah nasihatkan aku tapi aku tak nak dengar.
“Kenapa rasa macam tu pulak?”
“Tak ada-apa,” balasku tertunduk seketika cuba menyembunyikan perasaanku sendiri.
Khai Iskandar menguis perlahan daguku. Aku malulah dia buat macam tu di hadapan orang yang ada di sisi ni berdiri dan melihat telatah kami. Aduh!
Aku dan dia bertentang mata.
Lama dia pandang aku. Aku tewas dek padangan matanya yang seakan bermakna itu. Bergetar naluri keperempuananku. Terasa seluruh jiwa ragaku adalah miliknya. Sampai begitu sekali rasaku muncul di relung hati.
***
Di sekolah.
Tini tertawakan aku. Dia gelak kuat-kuat dalam perpustakaan. Selepas hal dua hari lepas baru sekarang aku cerita padanya apa yang berlaku dua hari lepas. Sampai aku dan dia kena halau oleh penjaga perpustakaan. Orang baca buku tapi Tini kecoh.
“Kan? Pelikkan?” katanya.
“Apa pulak peliknya?”
“Ya lah pelik! Romantik tu beb… sampai sanggup tipu mak ayah semata-mata nak keluar dengan buah hati pengaran jantung,” ucap Tini di hadapan pintu masuk perpustakaan. Akud an dia memang dah kena halau keluar pun.
“Arghhh!! Aku bunuh kau!!!!” aku tak tahan terus aku cekik leher Tini.
“Adoi! Sakitlah… jangan kasar sangat….” Rayu Tini dan selepas itu aku lepaskan.
“Kau ni kan suka buat aku serba salah…” kataku
Tini menutup mulutnya dengan telapak tangan. Aku tahu dia tahan tawa. Hmm…
Aku dan dia beriringan menyusun langkah menghala ke bangku di taman sekolah. Sambil-sambil jalan tu kedengaran tawa halus dari Tini. Memang menyampah sungguh.
“Kenapa kau tak ajak dia jadi kekasih kau aje?” soal Tini.
Aku menoleh ke lain arah sekilas. Kemudian aku mengeluh halus.
“Aku perempuanlah Tini… takkan aku nak luahkan dulu…”
“Tapi kan malam tu kau dah keluar dengan dia kan?”
Aku terus cubit lengan dia. Menyeringai Tini selepas kena sepit ketam aku.
“Sakitlah!”
“Tau pun…”
“Hahaha!” gelak lagi. Hmm…
Saat ini aku tahan geram pada Tini. Geram dan tersentap rasanya dia asyik ketawakan aku sahaja. Sekarang ni aku dan dia tiba di bangku itu. Aku menghenyakkan punggung di situ. Tini juga. Dia duduk di sebelah aku. Dia pandang aku. Aku pun pandang dia. Dia menjuih bibir aku muncungkan mulut.
“Kau mengejek aku ya?” kataku.
“Tak adalah… tapi ini pengajaran buat kau… bagi aku dia tu nampak macam lelaki yang baik walaupun dia ajak kau keluar sampai larut malam,” ucap Tini.
“Hmmm…”
“Dia buat apa-apa tak?” soal Tini lagi.
Gila!!
“Apa punya soalan kau ni?”
“Saja nak tau,”
“Takde!”
“Tipu!!!!!”
“Apasal pulak?!”
Tini ketawa lagi. Berderai tawanya sampai mengila-ngilai. Pelajar-pelajar lain pandang kami. Tini macam kena histeria pulak. Aku terus tutup mulut dia.
“Wei!! Rileks lah! Kau ni melebih pulak,”
“Okey okey…” Tini menyeka air mata tawanya itu.
Aku diam. Tini pun.
Beberapa minit kami diam.
“Lily… biarlah aku berterus terang…” erk! Apa hal lak ni? Ada kejutan lagi ke? Sudahlah malam 14 Febuari tu sudah seperti April Fool! Tanpa aku sedar malam tu bukan Khai Iskandar nak sambut Hari Kekasih tu tapi….
“Cakaplah…” pintaku yang berdebar-debar.
“Semua ni idea aku…”
“Apa?!!!”Aku betul-betul terkejut!
“Lari!!!!!!!!!!!!!!” Tini terus mengatur langkah seribu lari dari aku sambil ketawakan aku. Aku bunuh kau! Aku bunuh kau!!!!
***
Kenapalah boleh jadi macam tu? Aku termangu di tangga di kala senja. Ibu selalu berpesan jangan termenung di tangga nanti jadi anak dara tak laku. Biarlah tak laku pun nak buat macam mana dah kan. Memang tak laku pun. Eh! Aku ingatkan malam tu dia (Khai Iskandar) nak ucapkan cintanya pada aku! Hmmm….
Sedihlah… rupa-rupanya ucap selamat hari lahir pada aku yang memang tak pernah aku raikan. Kebetulan hari lahir aku 14 Febuari jugak. Hmmm! Geram betul aku. Tertekan! Nanti orang fikir aku raikan Valentine Day yang entah apa-apa entah tu. Rasa nak pindahkan aje tarik lahir tu lebih awal sedikit ke. Ish!!!! Aku pun tak tau macam mana aku boleh lupa pada masa tu... erm!
Aku sebenarnya terkilan. Aku pendam sahaja. Tanpa sedar air mata ini menitis laju seperti menyesali sesuatu yang tidak kutahu apakah ia? Hanya Tuhan saja memahami isi hati aku saat ini.
“Hai anak dara termenung jauh nampaknya…”
“Khai!!!!” aku terkejut. “Syhhhhh… kenapa awak berani datang sini?” Eh!! Apasal smart semacam saja Khai Iskandar ni? Kemas tidak seperti selalu yang nampak simple tapi hari ni bergaya sakan.
Khai Iskandar buat muka selamba pulak bila aku suruh dia menyorok! Kalau ayah aku nampak mati aku! Mak aku ada kat dapur tu! Ayah aku sekejap lagi balik dari kerja! Hari ni warung cuti. Warung mak akulah! Cuti!
“Boleh tak saya nak kenal dengan mak ayah awak?” katanya.
“Khai!! Please balik khai… aduh habislah saya macam ni,” aku merayu aku takut ayah aku nampak dan ibu aku pulak marah ada orang lelaki datang rumah.
“Kenapa? Salah ke saya nak kenal dengan family awak? Sekurang-kurangnya jemputlah saya naik dan duduk minum kopi ke,” ucap Khai main-main rambut terpacaknya itu.
“Dahlah Khai, saya dah bosanlah! Awak dengan Tini berpakat kenakan saya! Rupanya-rupanya perkenalan kita dirancang! Cukuplah balik lah!” inilah yang sebenarnya. Aku tak dapat terima. Sampaikan aku betul-betul tergilakan mamat kilang ni! Tapi aku cuba untuk melupakan dia. Aku tak suka perkenalan dari orang lain.
Tini cakap dia nak uji aku. Tini kenal Khai Iskandar ni sebelum aku. Sampai hati tini buat aku macam ni! Kenapa tega sangat dia membuatkan aku rasa tertipu?! Tini!!!? Kenapa? Hati aku menjerit punah.
“Berilah saya peluang untuk berterus terang,”
“Nak terus terang apa lagi? Kita mana ada apa-apa hubungan. Kita kawan aje kan?”
“Kawan? Bila saya anggap awak kawan saya?”
“Erk!”
Habislah aku!
“Jadi awak tak nak teruskan persahabatan kita? Saya tak tahu kenapa awak mengelak! Bila saya ajak awak keluar awak tak nak. Awak kata banyak kerja. Dah seminggu kita tak jumpa jadi saya beranikan diri datang jumpa awak. Nak harapkan awak sedikit pun tak datang jenguk saya,”
“Awak…! Saya ni budak sekolah! Masih mentah! SPM pun tak ambil lagi,”
“Awak cantik.. awak baik,” pujian Khai Iskandar tidak memberikan apa-apa makna pada aku. Saat ini aku bangun lalu meninggalkan Khai Iskandar terkulat-kulat di situ.
Emosi aku terganggu.
“Lily!!” aku tak hiraukan nama aku dipanggil.
Aku masih terasa hati dengan apa yang mereka buat. Semata-mata nak uji aku sama ada aku patuh pada orang tua atau pun tidak! Ya! Memang aku ni penipu!! Aku tipu orang tua aku sebab aku nak jumpa Khai Iskandar! Aku sayang dia! Tapi dia tak faham!
Aku perempuan. Aku juga inginkan kasih sayang dan cinta. Orang tua aku memang mengharapkan aku berjaya dalam pelajaran jadi aku akan belajar! Aku malas nak fikir soal cinta lagi. Aku menyesal kerana menipu orang tua aku. Kalau orang tua aku tahu aku menipu mereka habislah. Aku harap Khai Iskandar balik! Jangan pernah datang lagi.
***
Aku tak bercakap dengan Tini. Aku merajuk! Walaupun dia sudah minta maaf namun aku berkeras hati. Nampak bodoh aje aku ni sebab percayakan perkenalan yang dirancang. Hmm! Tapi aku masih tak terfikir siapa Khai Iskandar itu. Tini berkali-kali mahu menyatakan kebenaran tapi aku tak pernah bagi dia peluang dan ruang bercakap dengan aku.
Sudah dua minggu keadaan aku begini. Khai Iskandar pun tak datang jenguk aku lagi. Sebenarnya aku rindukan dia namun keegoan aku terlalu tinggi. Tini pulak cuba dan cuba nak berkawan dengan aku lagi. Aku marah dengan dia. Marah sangat-sangat. Dia melawak tak kena tempat! Aku sakit hati.
“Lily…” tegurnya.
Aku buat tak layan. Aku kemas buku aku masuk dalam beg sandang dan terus melangkah keluar dari kelas. Sekarang waktu balik sekolah.
“Lily…” Tini panggil aku lagi.
Aku berfikir sama ada nak matikan langkah ini ataupun tidak. Aku berkira-kira sendiri, maka aku memilih untuk mematikan langkah dan lambat-lambat aku menoleh ke belakang.
Aku angkat kening. Tini muram. Dan dia datang dekat lalu pegang tangan aku.
“Maafkan aku Lily… hanya disebabkan hal tu persahabatan kita putus macam tu aje. Aku tak faham kenapa kau rajuk sampai macam ni sekali. Lily… Khai Iskandar rindukan kau…” katanya pada aku.
Rindu? Sekadar rindu? Sesiapa pun boleh rindu! Buang masa betullah! Ungkapan murahan yang boleh dilafazkan oleh sesiapa sahaja asalkan terbayar dengan apa yang mereka inginkan. Perasaan aku tergores parah! Aku ni remaja yang buta dalam cinta sekali jatuh cinta padah jadinya.
“Apa kena mengena dengan aku? Kau kan hebat… buat rancangan nak tunjuk kau ni baik sangat kan? Kononnya aku menipu mak ayah aku lah.. apa lah macam ustazah tapi kau lagi teruk! Kau saje bawa aku ke dunia begitu. Dunia yang akan bawa aku hanyut!” Aku marah Tini.
Tini tersentak aku marah dia selalu.
“Lily!!! Kau marah aku sampai macam ni sekali? Aku buat semua tu untuk kebaikan kau jugak!”
“Otak kau untuk kebaikan! Kau sudah buat aku jadi penipu! Lepas tu kau cakap untuk kebaikan!” bentakku tanpa berfikir.
“Kau yang beria-ria sangat! Kau selalu ceritakan tentang cinta dan kasih sayang! Kau kuat baca novel! Sebab tu kau hidup dalam dunia fantasi kau sendiri dan kau tak pernah faham dalam pengalaman kau sendiri. Kau tahu apa itu cinta? Kau tunggu dia ungkapkan cinta? Aku tau lah kau tunggu dia ucapkan kata cinta pada kau… Aku juga perempuan aku faham apa yang kau fikir!” Tini sudah mula naik belang cakap menengking. Mujurlah semua pelajar lain dah balik. Tinggal aku berdua aje dalam kelas.
“Soal aku takde kaitan dengan kau kan? So jangan nak busy body. Cinta ke apa ke aku tak peduli. Aku nak belajar. Aku nak betulkan hidup aku! Soal Khai tu kau aje lah ambik! Aku tak peduli,”
“Betul ni? Kau tak menyesal?”
Eh! Kenapa dia berbasa-basi dengan aku pulak ni?
“Tak!” Aduh! Akana aku menyesal!
“Baiklah… kalau itu jawapan kau memang cerita ni tak akan habis, kau akan melarat dalam seumur hidup kau kerana menolak lelaki sebaik Khai Iskandar!”
‘Baik?’ aku tak nampak sudah kebaikan dia apabila bekerjasama dengan Tini untuk buat ujian yang bengong!
***
Hubungan aku dengan Tini makin renggang. Aku tak bertegur sapa dengan Tini sampailah cuti penggal pertama. Ibu aku pun nampak perubahan aku yang selalu muram dan tidak ceria seperti selalu.
“Kamu ni kenapa Lily… dari rumah sampai ke warung pun muka kau monyok aje… dah lama kau macam ni tak senyum pun,” Ibu menegur aku tatkala aku sedang meletakkan nasi lemak ke dalam pinggan untuk pelanggan.
Pagi yang hampa memang terlalu berat untuk menjalani hidup hari ini. Orang lain sibuk belajar aku pula fikir bercinta. Kelakar sungguh! Aku dah usir rasa tu tapi selalu benar dia hadir. Aduh!
Aku harap ibu aku tidak tahu akan hal ini. Biarlah rahsia….
“Assalamualikum makcik…” tidak aku duga seorang yang aku belajar untuk melupainya hadir juga. Aduh aku rindu pada wajah itu. Tapi dia orang lain.
Segak! Pakai kot! Aku tengok kereta dipakir itu. BMW?!! Fuh! Kayanya? Eleh! Entah-entah dah tukar perkerjaan jadi pemandu pulak. Nak menunjuklah tu nak menipu mata orang!
“Mana nasi lemak tak sampai-sampai lagi ni,” bising pelanggan. Aduh aku lambat hantar pulak.
Memang aku takkan hantar! Aku terus tinggalkan tempat tu. Aku lari melalui pintu belakang! Aku malas tengok muka dia! Aku menyampah!!!!
Untuk apa dia datang ke warung mak aku siap pakai kereta mewah lagi?! Ah!! Lantak ah bukan masalah aku!
Aku mencari ketenangan! Kayuh basikal laju-laju sampai ke pantai yang tidak jauh dari rumah aku dan warung. Bawa rajuk dan sakit hati bersama. Dengar deruan ombak baru rasa tenang sikit jiwa yang bergelora ni.
***
BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN…
“Macam mana dengan pengajian awak?”
“Okey…”
“Jangan fikir susah tau… ingat senang aje… nanti jadi senanglah, kalau fikir susah nanti akan bertambah susah…” Hehe…
Bila aku sudah dewasa maka aku bersikap matang. Bertambah matang cara berfikir atas nasihat insan tersayang.
“Ya awak… saya dengar cakap awak dan saya akan ikut mana yang baik…”
“Always baik..”
“Hehe…” aku hanya mampu ketawa kecil dan tali pinggang keledar aku tarik dan aku rapatkan. Cuti semester akhir, tinggal satu semester lagi aku akan tamat pengajaian bagi mendapatkan status Saujana Muda Kedoktoran.
Khai Iskandar asyik monoleh ke arah aku sahaja.
“Awak ni semakin lama semakin cantik… erm… awak tak kisahkan saya lebih berusia dari awak…?”
“Beza lapan tahun aje pun…”
“Tapi saya kisah kalau awak lebih tua dari saya…”
“Kenapa?”
Aku bertanya. Itu sudah realiti umur bukannya boleh main sorong tarik. Ish! Aku menyesal pulak tanya kenapa? Tak apalah asalkan dia jawab.
“Saya tak boleh panggil awak sayang… saya panggil awak nenek…” selorohnya yang tak mampu buat aku ketawa.
“Awak serius aje ni kenapa?”
“Saya datang bulan…” selamba aje aku membalasnya.
Aku akan dibawa pulang ke rumah. Memang hari-hari pun balik rumah. Jadi suri rumah tangga. Hehe… Khai Iskandar suami aku….
Itulah kisah aku. Tak ada apa pun yang menarik dari awal sampai akhir. Yang pastinya satu benda yang aku belajar dari perkara sebelum ni. Penipuan dan ketidakjujuran akan membuatkan aku jadi serba salah. Aku dihambat rasa itu tatkala berdepan dengan orang tua aku. Walaupun ia nampak kecil namun sebenarnya meninggalkan kesan yang mendalam. Kenapa aku terima lamaran Khai Iskandar dulu? Rupa-rupanya aku dengan dia sudah ditunangkan dari kecil lagi. Ibu dan ayah aku merahsiakannya. Setelah satu tempoh aku dengan dia akan berkahwin. Oleh kerana aku menyesal dengan apa yang berlaku aku terima aje… lagipun aku sayangkan Khai Iskandar.
Apa yang menarik tentang Khai Iskandar, dia memang tampan, tak payah cerita lagi tampan tu, dia baik… merendah diri. Patutlah dia mampu bayar kos malam 14 Febuari dulu tu.. Hari lahir aku… dia saje usha aku nak kenal tuning dia, patutlah dia rapat semacam dengan aku. Lagi istimewa dia ni anak bos kilang kasut rupanya. Tapi aku tak penting kekayaan yang dia ada. Masa dia bawa motor RXZ, aku memang dah jatuh sayang pada dia. Masa dia hantar aku klinik dulu walaupun luka sedikit sahaja.
“Sayang… jangan marahkan saya tau… apa yang saya lakukan semua ni memang demi cinta saya terhadap awak, arwah abang awak dulu pun memang seorang pekerja yang baik,”
“Awak kenal dengan arwah abang saya?”
“Ya… dia terkorban sebab menyelamatkan ayah saya…”
Air mata ini mula menitis. Aku terkenangkan abangku yang meninggal dunia itu akibat kes langgar lari. Baru aku tahu selepas mendengar penjelasan itu. Kata Khai Iskandar abang aku menolak ayahnya dari dilanggar namun abang aku pula yang dilanggar.
Musuh ayahnya mahukan ayahnya mati tapi abang aku pulak yang mati. Begitulah permainan perniagaan. Aku jadi takut. Takut apabila nasib suamiku juga begitu. Kini dia menguruskan syarikat tersebut. Aku takut sekiranya ada pula yang berniat jahat terhadapnya. Oh suamiku… andai abang aku sanggup melakukan perkara itu maka aku juga sanggup berkorban nyawa demi suami tercinta.
Tini? Di mana Tini?
“Amboi kau Lily lama tak mari jenguk aku…”
“Ni aku mari jenguk lah ni, aku mintak husband aku datang sini jumpa dengan kau. Aku rindu sangat…”
“Alah, husband kau pun husband aku jugak,”
Memang!!! Aku geram dalam bab ni!!!!! Lelaki memang! Kalau dah mampu dengan kawan baik aku pun dia menikah!! Dulu berperang aku denga Tini! Bukan mudha nak terima Tini jadi madu! Tetapi aku perlu memikirkan nasib orang lain. Sebenarnya… aku yang memohon pada suamiku supaya menikahi Tini… Tini kini yatim piatu. Ada kisah sedih yang berlaku sebelum ini.
Dia janda berhias. Dugaan hidupnya besar. Kemalangan jalan raya meragut nyawa suaminya dan juga ibu dan ayahnya termasuk adiknya sekali. Sedih aku tak dapat menahan sebak. Biarlah Tini jadi madu aku biarlah… aku rela demi kebahagiaan dunia akhirat.
Sudah banyak kali aku pujuk Tini tinggal sebumbung tapi dia menolak kerana biarlah aku ada privacy. Itulah katanya.
***
“Sayang buat apa tu?” aku dengar suara dari arah belakang. Cepat-cepat aku menutup diari aku yang sedari tadi aku baca. Aku belek-belek semula sambil menghayati erti kenangan.
“Oh abang… terkejut saya…”
“Anak kita dah tidur ke?”
“Dah.. dari tadi lagi…”
“Abang tak cakap pun abang balik awal pulak. Kata Oustation seminggu,”
“Abang rindukan isteri abang, siap aje kerja abang terus balik tak melencong…”
“Tini rindukan abang… sepatutnya abang ke rumah dia kan?” tanyaku. Minggu sekali lagi baru giliran aku. Memang itulah caranya. Suamiku harus bersikap adil. Pada awalnya kebenaran yang aku berikan itu ditentang hebat oleh keluarga aku dan bila aku terangkan perkara sebenar pada ibu dan ayah aku, maka mereka faham.
“Tini akan tinggal sekali dengan kita…”
“Oh yak ke?” hati aku gembira. Biarlah hari-hari aku dapat lihat wajah suamiaku di rumah. Tidak perlu lagi dia berulang-alik.
“Tini dah bersetuju, abang dah pujuk dia. Malam besok abang akan ambil dia,”
“Nak ikut?”
“Tentulah…”
Maka bermula episod baru kehidupan aku, yang berlangsung dalam rumah tangga hidup bermadu di bawah satu bumbung. Aku mengharapkan sinar terang dan kebahagiaan sentiasa menyuluh alam rumahtangga kami. Insya-Allah…
TAMAT